Friday 8 July 2011

FIVE THEME by Eyoi Team Mekaup Artistic


Qistin Bt Zakaria
201101011
Diploa in Beauty And Health
HMU 542
Solekan 2
En.Jamirul B. Sinail
-------------------------------------------------------------------
MERMAID THEME

tema mermaid atau ikan duyung ini diphotoshoot berdasarkan dongeng dan mitos yang sangat terkenal iaitu makhluk separuh manusia dan separuh ikan . selalunya gambaran tentang ikan duyung ini mempunyai bahagian bawah ekor ikan dan bahagian atas bermula dari pinggang ialah badan manusia . ikan duyung selalunya digambarkan sebagai perempuan cantik yang mempunyai ekor ikan sebagai pengganti kaki dan duyung lelaki sering kali diketepikan . ikan duyung dikatogerikan dalam haiwan lagenda selain daripada haiwan lagenda lain seperti naga , sea serpent , pegasus , dan garuda , dan bayak lagi .

Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.


gambar duyung


puteri duyung yang terdampar di atas batu di tepi laut . jenis berekor merah , berambut perang dan cantik .

puteri duyung berekor biru dan berambut perang . jenis yang bercorak di badan , mempunyai mahkota dan jarang ditemui .

gambar lain












RECYCLE AWARENESS THEME


seperti anda semua sudah sedia maklum , bumi kita ni semakin kotor disebabkan pembuangan sampah dan barang-barang yang tidak berguna di mata umum yang berleluasa . kehadiran sampah-sampah ini disebabkan oleh kurangnya perhatian yang diberikan oleh manusia tentang pentingnya kitar semula . kitar semula amat penting untuk memastikan bumi kita seimbang dari segi pembuangan sampah yang sememangnya lumrah alam .benda-benda seperti botol plastik dan kaca , kertas dan palstik boleh dikitar semula daripada terbiar begitu saja dan mencemarkan alam sekitar . di sini EYOI TEAM MAKEUP ARTISTIC telah mempersembahkan pentingnya kitar semula dengan demonstrasi make up dan fesyen yang diolah dari tema kitar semula .

penggunaan kertas yang dibentuk untuk perhiasan kepala ( riben ) , kertas yang diolah menjadi baju , plastik membentuk skirt , dan sarung tangan serta kaki daripada kertas terpakai .

penggunaan kertas cukup sempurna membentuk dress dan tali yang masih boleh digunakan .

gambar lain






HIGH FASHION THEME

high fashion theme atau tema fesyen baru memperagakan tentang keindahan fesyen seiring dengan kemajuan teknologi masa kini dan sering diperagakan oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan berada dalam kategori yang tinggi dalam taraf sosial masyarakat . tema ini seringkali dikaitkan dengan golongan artis dan golongan yang sering kali muncul dalam akhbar atau media seperti orang kenamaan dan model .

makeup yang simple dan menarik disertakan dengan baju oren dan skirt silk hitam memperlihatkan model nampak kemas dan elegan disamping high heel yang cantik .

kesan make up nipis serta pencahayaan yang seimbang menampakkan model bersinar . fesyen dress hitam yang elegan beserta aksesori berbentuk kipas nyonya ,corak di pinggang , sangat sesuai dipakai ketika menghadiri majlis penting .

gambar lain








B-WITCHED THEME

tema b-witched atau ahli sihir ini dipersembahkan berdasarkan gambaran tentang pengguna ilmu hitam pada masa lalu . ahli-ahli sihir dahulu sering digambarkan dengan pakaian hitam dan muka yang cantik atau hodoh . setiap ahli sihir mempunyai ciri tersendiri dan selalunya dikaitkan dengan misteri . kini EYOI TEAM MAKEUP ARTISTIC menghidupkan kembali ahli sihir dengan idea-idea yang menarik .

penggunaan warna hitam yang banyak seperti pada pakaian dan aksesori seperti topi menampakkan karekter diselubungi kejahatan . makeup eyeliner hitam yang tebal , lipstik hitam , contact lens merah ,gigi palsu , kuku yang panjang serta aksesori ular melilit pada lengan jelas menggambarkan karakter seorang pengamal ilmu songsang .

ahli sihir lelaki ini digambarkan dengan pemakaian jubah hitam seluruh badan selain solekan lebam pada mata kiri dan bibir yang disapu lipstik hitam .


gambar lain







GHOST STORY THEME

solekan bertemakan ghost story mempersembahkan tentang  ciri-ciri dan karakter hantu yang digambarkan oleh jurusolek . solekan jenis ini selalu digunakan dalam filem dan cerita-cerita seram . penggunaan warna gelap seperti hitam dan merah sangat sesuai dengan tema ini . solekan muka berdarah dan hodoh juga sering dikaitkan dengan tema ghost story


penggunaan aksesori botol kaca digunakan untuk menunjukkan karakter telah mati ditikam menggunakan botol kaca dikepala . warna merah yang banyak digunakan untuk menggambarkan darah berlumuran di seluruh badan karakter disamping penggayaan rambut kusut yang sesuai dengan keadaan karakter .

wajah karakter yang menyeramkan disolek seperti mata karakter telah dikorek keluar . penggunaan warna merah sebagai darah banyak digunakan di seluruh badan .

gambar lain









1 comment:

  1. Harrah's Las Vegas - MGM Hotel & Casino - JMH Hub
    › harrahs-las-vegas 여주 출장샵 › harrahs-las-vegas Harrah's Las Vegas offers the 계룡 출장마사지 finest 대전광역 출장마사지 in resort accommodations, culinary offerings, 보령 출장안마 and exciting casino gaming. 천안 출장샵 Experience it all at Harrah's  Rating: 4.4 22,745 reviews

    ReplyDelete

sila comment ya =)