Tuesday 24 May 2011

kenapa saya memilih jurusan kecantikan dan kesihatan di kolej geomatika

sebelum ini saya mengambil jurusan kecantikan dan kesihatan di peringkat sijil di Kolej Komuniti Sungai Petani.  selepas tamat di Kolej Komuniti saya ingin mengambil jurusan ini di peringkat diploma pula,  tetapi kebanyakan institusi yang menawarkan jurusan ini tidak mendapat pengiktirafan Malaysian Qualification Agency ( MQA ) . selepas pencarian saya mendapati Kolej Geomatika International ini menawarkan jurusan ini di peringkat diploma dan mempunyai pengiktirafan MQA dan telah mendapat banyak pujian daripada pelbagai pihak .
jadi dengan niat yang tulus dan nekad saya telah mengambil keputusan untuk mendaftar untuk menjadi salah seorang mahasiswi di Kolej Geomatika International. tambahan pula tenaga pengajar di sini amat menitikberatkan tentang pembelajaran dan aktiviti luar yang sering diadakan bagi mendisiplinkan mahasiswa dan mahasiswi di sini. Infrastruktur di kolej ini juga amat baik serta mengutamakan selesaan dan keselamatan para penuntut. saya sayang Kolej Geomatika International !!

No comments:

Post a Comment

sila comment ya =)