Wednesday 29 June 2011

mengapa saya memilih kursus diploma kecantikan dan kesihatan . .



pertama sekali saya memang sejak azali lagi amat meminati kursus ini kerana naluri seorang wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik dan menarik memerlukan kepandaian dalam bidang solek-menyolek . Jadi ini mendorong saya untuk mengikuti kursus diploma kecantikan dan kesihatan . setelah saya riki beberapa buah kolej , saya mendapati hanya Geomatika College International yang menawarkan kursus ini mendapat pengiktirafan MQA -Malaysian Qualifications Agency . lalu tanpa semena mena saya mengambil keputusan untuk menyertai Geomatika College International .

tenaga-tenaga pengajar untuk kursus ini juga amat profesional dalam bidang ini seperti sir eyoi adam yang cukup terkenal dan mempunyai group sendiri iaitu Eyoi Adam Artistik .penglibatannya dalam bidang ini amat meluas seperti kerjasama bersama Akademi Fantasia Make-up Group , Astro Make-up Group disamping aktiviti-aktiviti lain di luar kampus .

disini juga , saya dapat mempelajari pelbagai jenis teknik solekan , hair dressing , facial , body massage dan teknik modelling . Disamping itu , fasiliti yang terdapat di kolej ini juga lengkap seperti bilik rambut , bilik SPA , bilik fasial dan bilik kuliah . 

peluang pekerjaan dalam bidang ini amat luas seperti jurusolek , tenaga pengajar , bussinesswomen , artis dan model serta jurukecantikan . 

No comments:

Post a Comment

sila comment ya =)