Friday 17 June 2011

SOLEKAN KARAKTER - ASSIGNMENT SOLEKAN 2


Geomatika College International


Assangment 1

Solekan 2

Qistin binti Zakaria

201101011

En.Jamirul bin Sinail

-----------------------------------------------


solekan karakter merupakan solekan yang dilakukan untuk menimbulkan kesan unik dan menaikkan lagi karakter seseorang itu berdasarkan tema yang ingin diketengahkan . contoh solekan karakter adalah seperti solekan animasi , kayangan , kemalangan , orang tua , ghost story dan futuristik .






ANIMASI 
solekan animasi merupakan satu seni solekan yang berlandaskan imaginasi artis sendiri dan boleh dibahagikan kepada pelbagai cabang seperti abstrak dan flora fauna .

a - solekan ini menimbulkan  tema flora  dengan solekan bunga di mata ,  warna biru melambangkan air yang sedang mengalir dengan tenang , dan hiasan daun pada rambut .
b - solekan ini membawa tema abstrak . menggunakan konsep simetri pada wajah dan penggunaan warna terang untuk menimbulkan kesan abstrak yang ingin disampaikan.

c - solekan yang membawa tema abstrak gothic ini menggunakan warna-warna gelap di atas warna terang iaitu putih supaya menonjolkan kesan tenggelam seperti pada mata dan mulut .
d - solekan bertemakan flora ini menunjukkan bentuk bunga dengan warna-warna yang terang untuk menimbulkan mood ceria pada karakter .
e - tema flora jelas diperlihatkan pada solekan karakter ini dengan warna hijau yang sangat menyerlah selain warna  bunga-bungaan yang lain . lukisan bunga dan daun pada wajah juga menekankan lagi tema flora ini.


contoh-contoh gambar animasi


















KAYANGAN
solekan kayangan merupakan seni solekan yang berlandaskan pengaruh kecantikan dewi-dewi ataupun bidadari yang diimaginasikan oleh jurusolek itu sendiri.

a - solekan di atas mengambarkan keayuan puteri dan menekankan mata serta bibir dengan warna yang menarik.

b - warna yang digunakan memperlihatkan karakter yang sayu dengan solekan pucat pada wajah dan lukisan pada mata menunjukkan gadis ini berasal dari kayangan.

c - warna hijau di atas mata melambangkan dewi kayangan ini berasal dari bumi. dengan aksesori sayap menekankan lagi gadis ini bukan manusia biasa .

d - penambahan glitter pada dahi serta solekan yang tidak tebal membuatkan dewi kelihatan simple . jadi mudah untuk dicuba oleh orang lain kerana ia ringkas dan menarik .

e - solekan ini membuatkan karakter nampak seperti patung dengan warna yang digunakan agak sesuai seperti warna merah , hujau . pink serta rambut blonde membuatkan pari-pari nampak lebih ceria .

contoh-contoh gambar kayangan

















KEMALANGAN

kemalangan merupakan satu tragedi yang menyedihkan serta menakutkan . solekan kemalangan yang dihasilkan adalah untuk menimbulkan situasi ini. 

a - solekan yang dihasilkan ini menggambarkan kepala karakter berlumuran darah akibat terbakar . solekannya menunjukkan isi kepala yang telah hancur .

b - hidung mangsa jelas kelihatan hancur dengan solekan warna merah dan hitam untuk melambangkan darah serta ungu menggambarkan lebam pada hidung dan mata .

c - penggunaan warna-warna pucat menunjukkan karakter telah mati akibat kemalangan . warna merah dan hitam melambangkan darah beku serta solekan pada muka untuk menunjukkan isi yang terkeluar dari sisi mukanya .

d - solekan yang telah dihasilkan menunjukkan matanya yang terkeluar dan jarinya sudah patah .penggunaan warna seperti merah dan hitam sememangnya asas dalam solekan kemalangan ini.

e - solekan ini membuatkan kulit muka karakter kelihatan hancur dan busuk . warna yang digunakan seperti merah kuning dan hitam amat penting dalam menghasilkan karya sebegini.

contoh-contoh solekan kemalangan



















ORANG TUA

solekan orang tua adalah satu seni tentang memperlihatkan seseorang nampak lebih tua .
seni warna dan garisan-garisan pada wajah amat penting dalam solekan ini .

a - solekan ini banyak menggunakan warna pucat seperti putih , coklat muda ,hijau muda , dan merah sebam pada bibir .

b - warna kekuningan banyak digunakan dalam solekan ini serta garisan yang dilukis menggambarkan kedutan pada wajah . 

c - penggunaan warna gelap pada sisi hidung menampakkan bayang pada muka dan garisan yang sememangnya sinonim dengan usia lanjut .

d - warna gelap pada bawah mata ,sisi hidung ,bawah hidung , garisan halus pada dahi dan sisi mulut jelas menunjukkan karakter sudah lanjut usia .

e - solekan kusam pada wajah dengan penggunaan warna putih, merah seakan-akan coklat dan garis-garis halus yang dilukis pada dahi ,pipi ,dagu , bawah mata dan leher .

contoh-contoh solekan orang tua



















GHOST STORY

solekan ghost story ( cerita hantu ) merupakan persembahan tentang hantu ataupun jembalang yang diimaginasikan oleh artis untuk dipertontonkan dalam bentuk realiti kepada orang ramai .

a - hantu yang digambarkan dalam solekan ini mempunyai kulit yang hancur pada bahagian atas mata dan pipi serta mempunyai lidah bercabang yang besar terjulur dari mulut. pewarnaan kulit dengan warna pucat sesuai menggambarkan karakter telah mati dan warna merah pada lidah menunjukkan darah jelas meliputi dalam mulut .

b - karakter ini diambil dari mitos dewi jepun . make up putih yang tebal pada wajah menunjukkan ia berasal dari tema dewi jepun dengan solekan mulut kecil serta garisan pada pipi yang bersambung dengan mulut menggambarkan mulut karakter boleh terbuka luas. penggunaan warna pada mata adalah coklat dan jingga menenggelamkan keliling mata dan contac lens yang dipakai menunjuukan karakter bukan manusia biasa.

c - penggunaan warna putih pada wajah serta warna ungu , hitam dan merah pada mata dan mulut menggambarkan solekan ghost story ini bertemakan hantu orang mati kemalangan .


d - karakter ini disolek dengan tebal menggunakan warna merah ,hitam dan coklat pada seluruh wajah menggambarkan kulit muka karakter telah hancur terbakar . penampalan tisu pada bahagian pipi menunjukkan pipi bengkak serta penggunaan tali seperti dijahit pada mulut jelas kelihatan menakutkan .

e - karakter joker dari filem batman ini disolek ala-ala badut yang hidup semula dengan warna putih pada seluruh wajah dan merah terang pada mulut yang ditarik sehingga pada pipi .kedut yang dilukis pada bahagian mata serta pipi menggambarkan karakter hantu yang sudah reput .

contoh-contoh solekan ghost story


















FUTURISTIK

solekan futuristik diadaptasi daripada gambaran minda artis tentang sains fiksyen dan watak penggoda ,berani serta seksi . penggunaan seni geometri amat penting dalam penghasilan karakter futuristik ini .

a - karakter disolek dengan warna-warna yang terang dan berani pada bahagian mata . seni geometri yang dipakai menunjukkan karakter bersegi dan simetri . warna putih yang digunakan melambangkan kesucian , kuning melambang kedaulatan dan merah melambnagkan keberanian seseorang .

b - solekan futuristik di atas banyak menggunakan warna putih dan hitam serta penggunaan aksesori yang menunjukkan tema masa depan . shadow pada bahagian pipi ,hidung dan mata memperlihatkan segi pada wajah karakter .

c - seni simetri dan bayang yang digunakan jelas menggambarkan ciri futuristik disamping solekan putih yang tebal pada wajah dan warna hitam  pada mata .

d - warna hijau dibahagian kening dan bulu matanya melambangkan kelembutan , kuning dibahagian kelopak mata melambangkan kedaulatan ,pink pada bibir melambangkan keseksian dan solekan pada mata yang menggoda .

e - penggunaan warna yang menarik seperti biru ,pink ,ungu dan putih sangat sesuai digunakan dalam solekan futuristik ini .perhiasan yang diletakkan pada rambut amat sesuai melambangkan   karakter yang garang .

contoh-contoh solekan futuristik




















HD MAKEUP

solekan HD ataupun high definition merupakan satu solekan yang menggunakan teknologi bahan solekan yang baru serentak dengan kemajuan teknologi HD televisyen untuk menutup kecelaan pada kulit wajah disamping kelihatan sempurna secara semulajadi .

a - solekan ini menggunakan HD foundation untuk membuatkan tekstur kulit wajah kelihatan halus dan sempurna serta menutupi liang-liang roma dengan menyeluruh .

b - penggunaan warna yang banyak pada bahagian mata serta foundation yang tebal bagi menutupi garis-garis halus pada wajah dan membuatkan kulit kelihatan lebih cantik dan menarik. 

 c - kelemahan pada kulit wajah dapat diatasi dengan penggunaan bedak asas dan solekan nipis disamping kelihatan semulajadi .

d - warna pada kulit wajah nampak semulajadi dan tona kulit yang sekata . pantulan cahaya pada wajah juga seimbang dan wajah kelihatan lebih bersinar .

e - kesan high definition lebih kelihatan dengan penggunaan bedak asas , lose powder ,blusher  dan eye shadow yang efektif bagi melindungi kecelaan pada kulit wajah . 

contoh-contoh solekan HD


















No comments:

Post a Comment

sila comment ya =)